PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI (HESK) TABUNG KEBAJIKAN INDUSTRI KENAF DAN TEMBAKAU (TKIKT)

Hari ini telah diadakan Program Penyerahan Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (HESK) Tabung Kebajikan Industri Kenaf Dan Tembakau (TKIKT) bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kota Bharu, Kelantan.

Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN) disaksikan oleh YBrs. Tn. Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah). Turut hadir ialah En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi).

TKIKT ditubuhkan bagi memberi manfaat kepada pencarum dan ahli keluarga mereka dengan bantuan berbentuk sumbangan khairat kematian, rawatan perubatan bagi ahli yang ditimpa kemalangan, bantuan kepada anak pencarum yang menyambung pelajaran, dan bantuan kepada ahli yang ditimpa bencana alam. Pada hari ini telah dijalankan penyerahan bagi Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (HESK).

Semoga pendekatan cakna Pendidikan ini bakal memberikan kemudahan kepada capaian Pendidikan yang ditujukan khas kepada anak-anak pencarum yang bakal melanjutkan Pelajaran di peringkat pengajian tinggi nanti.

#LKTN
#kenafmelestarikankehidupan
#kawalseliaindustritembakau
#MalaysiaMadani

Loading