29 OGOS 2024 | KOTA BHARU
PROGRAM PROMOSI INDUSTRI KENAF DAN KONVOI KIBAR JALUR GEMILANG LKTN TAHUN 2024
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) hari ini telah mengadakan Program Promosi Industri Kenaf dan Konvoi Kibar Jalur Gemilang Tahun 2024 di sekitar Bandar Kota Bharu, Kelantan. Program promosi industri kenaf ini merupakan kaedah turun padang secara langsung LKTN untuk bertemu dengan pemimpin tempatan, masyarakat setempat dan kumpulan sasar.
Turut diadakan konvoi kibar jalur gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 yang bermula dari Ibu Pejabat LKTN ke sekitar Bandar Kota Bharu, Kelantan. YBhg. Datuk Hj. Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN) bersama-sama YBrs. Tuan Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) telah menyempurnakan pelepasan kenderaan bagi Program Promosi Industri Kenaf dan Konvoi Kibar Jalur Gemilang ini.
Program ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pimpinan masyarakat daerah Kota Bharu. Antara lokasi yang dilalui konvoi ialah di Pasar Kubang Pasu, Kota Bharu dan hadapan Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan.
Terima kasih kerana menyokong industri kenaf dan kawal selia tembakau negara dan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2024 