SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI LKTN TAHUN 2024

28 APRIL 2024 | KOTA BHARU
 
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI LKTN TAHUN 2024
 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat LKTN, Kota Bharu, Kelantan.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) disaksikan oleh tetamu kehormat, para pesara serta warga LKTN yang hadir memeriahkan sambutan ini. Turut diadakan sesi penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri LKTN yang disampaikan oleh Tuan Ketua Pengarah kepada penerima yang terdiri daripada anak yatim warga LKTN.
 
YBhg. Datuk Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Pengerusi LKTN turut sempat hadir bagi menyerikan majlis pada hari ini. Para tetamu turut disajikan dengan juadah Hari Raya serta kuih muih tradisi Negeri Kelantan.
 
Terima kasih diucapkan kepada kakitangan LKTN yang terlibat sebagai urusetia program pada kali ini atas komitmen dalam melancarkan perjalanan majlis.