SOALAN LAZIM

AKTA LKTN

Soalan 1 : Apakah Akta LKTN?

Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692]

Soalan 2 : Apakah Perundangan Subsidiari di bawah akta?

i. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) ii.Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Pelesenan Kenaf dan Keluaran Kenaf Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Gred dan Harga Minimum) (Tembakau Diawet)

Soalan 3 : Apakah objektif LKTN di bawah akta?

Objektif Lembaga adalah:
i. Untuk menggalakkan dan membangunkan industri kenaf;
ii. Untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur;
iii. Untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaraskan semua aktiviti yang berhubungan dengan industri tembakau; dan
iv. Untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi mereka yang terlibat dalam industri kenaf dan industri tembakau.

Soalan 4 : Apakah fungsi LKTN?

i. Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju industri kenaf
ii. Untuk melaksanakan dasar dan mengawal selia industri tembakau;
(Sila rujuk Seksyen 4 Akta bagi fungsi yang lebih terperinci)

TEMBAKAU

Kesemua tembakau yang dikeluarkan di Malaysia adalah untuk pasaran domestik. Tiga (3) Pengilang rokok utama di Malaysia mengeluarkan sekitar 19 bilion batang rokok tiap-tiap tahun untuk pasaran tempatan dan menggunakan sekitar 15 juta kilogram tembakau dari pelbagai jenis termasuk 5 juta kilogram tembakau yang diimport. 

Kandungan tembakau tempatan adalah kira-kira 70%, bermakna masih ada potensi untuk penggantian import dan sebarang kekurangan dalam pengeluaran tembakau tempatan mengakibatkan peningkatan import dan mengurangkan pertukaran matawang asing. Permintaan kepada tembakau awetan pemanas Malaysia untuk kilangan rokok dan stock duration di peringkat optima ialah sekitar 15 juta kilogram tiap-tiap tahun. Kekurangan pengeluaran tembakau domestik sebagaimana dialami dalam tahun 1999 dan 2000 disebabkan banjir kilat mengakibatkan permintaan yang tinggi dari biasa bagi tempoh jangka pendek dan sederhana kerana pengilang memerlukan tambahan untuk stock duration yang optima, selain dari pengeluaran rokok. Pengilang-pengilang rokok utama juga mengeluarkan rokok dan tembakau yang diproses untuk pasaran eksport dengan memperolehi pendapatan sekitar RM650 juta dalam pertukaran wang asing dalam tahun 1999. Disebabkan tembakau Malaysia belum berdaya saing dalam pasaran eksport, tembakau yang digunakan masih lagi diimport dan Malaysia memperolehi manfaat dalam bentuk aktiviti nilai ditambah.

Permintaan tembakau domestik dan nilai ekonomi tembakau di Malaysia telah membolehkan penanam tembakau memperolehi manfaat dari tanaman yang menguntungkan. Tambahan pula, penggantian import akan menyelamatkan pertukaran wang asing. Penanam tembakau adalah pengeluar yang rasional dan mereka akan menanam tembakau yang boleh menjamin pulangan yang baik ke atas tenaga buruh dan pelaburan mereka. Penanam tembakau boleh menikmati pulangan sehingga RM10,000 sehektar dan bagi yang mengawet sendiri hasil pengeluaran mereka mampu memperolehi sehingga RM25,000 sehektar. 20,000 keluarga tani menanam tembakau akan menanam tanaman lain sekiranya ada tanaman mampan alternatif yang setara dari segi pasaran, harga, pendapatan, kestabilan dan jumlah tanaman.

Sekarang ini, 70% dari tembakau di Malaysia ditanam di tanah Bris sepanjang Pantai Timur Semenanjung Malaysia di mana peluang menanam tanaman lain yang mampan dan setara terhad. Tembakau adalah tanaman jangka pendek dan ramai penanam tembakau juga menanam tanaman lain selepas musim tembakau, dengan menggunakan peralatan ladang yang mereka mampu miliki hasil dari penanaman tembakau. Kepelbagaian tanaman, tanaman giliran, sistem tanaman yang optima dan memaksimumkan pendapatan dari pertanian adalah teras utama pembangunan pertanian khususnya yang berkaitan dengan pekebun kecil.

Malaysia meletakkan tembakau dalam senarai sensitif dalam skim CEPT AFTA. Ini bererti tembakau akan dibebaskan (0 - 5% duti import) dalam tahun2010. Industri tembakau di Malaysia sekarang diasaskan kepada sistem pengeluaran pengawet 2 peringkat yang kurang cekap. Sepertimana lain-lain komoditi pertanian, tembakau tidak mampu bersaing dengan negara-negara berkos pengeluaran rendah yang mengenakan upah buruh rendah ke atas pengeluaran komoditi yang sama. Komitmen kerajaan kepada AFTA menjadikan industri tembakau perlu disusun semula ke arah kecekapan dan berdayasaing. Penyusunan Semula Industri Tembakau melibatkan perubahan struktural daripada sistem pengeluaran pengawet 2 peringkat yang kurang cekap sekarang kepada sistem pengeluaran penanam pengawet yang lebih cekap dan bersepadu. Penyusunan semula adalah termasuk membangun penanam pengawet individu berasaskan keluarga dan penanam pengawet besar, penyelidikan dan pembangunan, pemindahan teknologi, saliran dan pengairan, mekanisasi dan meningkatkan penyuburan tanah.

Pada amnya tembakau ditanam secara relatifnya berskala kecil kecuali di sesetengah negara di mana terdapat kawasan sesuai yang luas dan tenaga buruh yang murah. Bagi Malaysia, pilihan yang terbukti ialah tanaman berasaskan keluarga yang bersepadu dan cekap di bawah konsep PPI (Penanam Pengawet Individu) di mana kos dapat dikurangkan terutamanya bila diasaskan kepada buruh keluarga dan pendapatan yang diharapkan diasaskan kepada pulangan kepada buruh yang setaraf dengan pertanian alternatif lain atau pendapatan dari sumber bukan pertanian. Kebanyakan dari 1,900 penanam pengawet yang dibangunkan sehingga sekarang adalah mampu mengeluarkan dengan kos sekitar RM8.00/kg. yang dianggap berdayasaing, dan akan lebih berdayasaing selepas modal yang dikeluarkan dan pinjaman yang diambil dilunaskan.

Ramai pengawet tembakau menanam untuk awetan sendiri di bawah konsep PBB (Penaban Pengawet Besar) dengan kos pengeluaran sekitar RM10/kg.. Saiz ladang purata adalah sekitar 3 - 5 hektar dengan mengambilkira batasan-batasan kesesuaian tanah, pengalaman dan kemudahan asas, juga untuk menjamin pengawasan dan pengurusan yang baik. Ladang yang lebih besar sehingga 50 hektar telah dicuba tetapi belum menunjukkan kejayaan lagi disebabkan masalah berkaitan dengan kesesuaian tanah/adanya tanah, operasi ladang yang tidak sesuai (syncronized) dengan cuaca yang menjejaskan operasi mekanisasi dan penyakit selepas beberapa tahun ditanam secara berterusan.

LKTN tidak menggalakkan merokok atau terlibat dalam program untuk meningkat permintaan kepada tembakau. Permintaan kepada rokok terjejas disebabkan banyak faktor yang tidak termasuk kerana adanya tembakau domestik atau wujudnya industri tanaman tembakau domestik. Ini dapat dilihat dari banyak negara yang maju dengan industri rokok walaupun mereka tidak menanam tembakau langsung.

Dengan mengambil kira kesan dari pelbagai program untuk tidak menggalakkan merokok, apa-apa permintaan yang ada kepada tembakau paling baik diperolehi dari pengeluar tempatan, dari sebaliknya dimport dan hilang pertukaran wang asing, juga memanfaatkan pengeluar asing dalam proses berkenaan. Permintaan domestik sekarang untuk 15 juta kilogram tembakau mempunyai potensi pasaran RM200 juta setahun yang mewujudkan implikasi sosio-ekonomi yang besar dalam segi pekerjaan, kesan gandaan dan pendapatan yang disuntik ke dalam ekonomi luar bandar di negeri-negeri utama pengeluar tembakau di Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

LKTN memberi khidmat nasihat dari proses menabur sehinggalah penjualan daun kering kepada pengilang rokok. Di samping itu LKTN menyediakan kredit input seperti baja, racun, plastik, tenggala dan lain-lain. Khidmat nasihat termasuklah jadual tanaman, cara menanam, pembajaan, pengawetan dan penggredan daun. Khidmat LKTN dipakejkan bagi menjamin hasil keluaran dapat dipasarkan dengan harga yang munasabah. Semua daun yang dikeluarkan dijamin pasarannya selagi memenuhi ciri gred dan tidak melebihi kuota yang ditetapkan.

KENAF

Soalan 1 : Apa itu tanaman Kenaf?

Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas. Tanaman ini turut diusahakan di China, Myanmar, dan Indonesia.

Soalan 2 : Bagaimanakah tanaman kenaf diperkenalkan di Malaysia?

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kenaf di Malaysia yang telah bermula pada tahun 2000 oleh MARDI, LGM, MPOB dan UPM.

Penanaman kenaf mula diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai tanaman pengenalan (familiarisation crop). Verifikasi tanaman telah dilaksanakan di negeri Kelantan dan Terengganu di atas tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) yang sebelum ini diusahakan dengan tanaman tembakau. Tanaman kenaf dikembangkan ke seluruh Malaysia pada tahun 2010.

Soalan 3 : Di manakah tanaman kenaf diusahakan?

Tanaman kenaf bagi pengeluaran serat (fiber) dan empulur (core) mula diusahakan secara besar-besaran di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Manakala tanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih dilaksanakan di negeri Kedah dan Perlis.

Soalan 4 : Apakah syarat-syarat minimum bagi penanaman kenaf?

i. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
ii.Ada atau dapat menyediakan kawasan tanaman dan berdaftar dengan LKTN

Soalan 5 : Bagaimana keadaan tanah yang sesuai untuk tanaman kenaf?

Permukaan tanah yang rata dan tahap pH tanah yang optimum adalah 5.5 hingga 6.5.

MEKANISASI

Soalan 1 : Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai jentera/mesin/peralatan pertanian?

LKTN ada menyediakan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan pertanian untuk tanaman kenaf, tembakau dan integrasi. Pihak tuan boleh menghubungi Bahagian Kejuruteraan dan Kilang (BKK) seperti berikut:

Bahagian Kejuruteraan dan Kilang
Lot 1632, Kg. Padang Pak Amat,
16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Telefon: 09-786 7829 | Faks: 09- 786 7100 | Email: bkk [@] lktn.gov.my

En. Nik Aziman Bin Nik Husain
Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Kilang
Email : nikaziman@lktn.gov.my

Soalan 2 : Di manakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan membajak tanah untuk tanaman kenaf/tembakau/integrasi?

LKTN ada menyediakan khidmat membajak tanah yang diuruskan oleh Bahagian Kejuruteraan dan Kilang (BKK). Kadar bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 45/jam. Permohonan boleh dibuat di Pejabat LKTN Negeri/ Kawasan berhampiran atau secara terus di BKK seperti berikut:

Bahagian Kejuruteraan dan Kilang
Lot 1632, Kg. Padang Pak Amat,
16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Telefons : 09-786 7829 | Faks: 09-786 7100 | Email: bkk [@] lktn.gov.my

En. Nik Aziman Bin Nik Husain
Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Kilang
Email : nikaziman@lktn.gov.my

Soalan 3 : Apakah perkhidmatan yang dsediakan oleh Bahagian Kejuruteraan dan Kilang (BKK) dan berapakah kadar yang dikenakan?

Perkhidmatan yang disediakan oleh BKK untuk tanaman kenaf/ tembakau/ integrasi adalah seperti berikut:

Perkhidmatan Traktor
1. Piring - RM100.00 per jam
2. Rotor I - RM100.00 per jam
3. Rotor II - RM100.00 per jam
4. Rotor III - RM100.00 per jam
5. Rotor & Batas - RM100.00 per jam
6. Lain-lain - Rundingan

Perkhidmatan Backhoe
1. Gali Parit - RM100.00 per jam
2. Bersih Kawasan - RM100.00 per jam
3. Gali Kolam - RM100.00 per jam
4. Lain-lain - Rundingan