5 OGOS 2024 | KOTA BHARU
TAKLIMAT INDUSTRI KENAF DAN KAWAL SELIA INDUSTRI TEMBAKAU DAN LAWATAN YB DATUK CHAN FOONG HIN, TIMBALAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI KE GALERI KENAF
Selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2023) Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), YB Timbalan Menteri turut menghadiri taklimat di Bilik Kenaf bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai industri kenaf dan kawal selia industri tembakau. Taklimat telah disampaikan oleh Tn. Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN).
Seterusnya, beliau juga berkesempatan melawat Galeri Kenaf untuk mengenali produk-produk berasaskan kenaf dan aktiviti kawal selia industri tembakau negara.
Terima kasih kepada delegasi YB Timbalan Menteri kerana sudi meluangkan masa membuat lawatan ke Ibu Pejabat LKTN dan menyokong industri kenaf dan tembakau negara.