TAKLIMAT PERSEDIAAN DAN KENALI KECUKUPAN PERSARAAN BERSAMA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

19 MEI 2024 | KOTA BHARU
 
TAKLIMAT PERSEDIAAN DAN KENALI KECUKUPAN PERSARAAN BERSAMA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
 
Hari ini telah diadakan Taklimat Persediaan Dan Kenali Kecukupan Persaraan Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertempat di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN).
 
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. En. Mohd Fadzlee Alwi (Pegawai Perhubungan Dan Khidmat Nasihat KWSP Kota Bharu) kepada 86 peserta yang terdiri daripada kakitangan LKTN dan Personel MyStep. Turut diadakan pembukaan kaunter oleh pegawai KWSP untuk sebarang transaksi ahli.
 
Semoga sesi taklimat ini dapat memberi manfaat serta pendedahan kepada para peserta dalam membuat persediaan persaraan nanti.