PENDAFTARAN PENANAM KENAF

1. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara melaksanakan Pendaftaran Pengusaha Ladang Kluster dan Penanam Komersial bagi menjalankan fungsi di bawah peruntukkan  Seksyen 4(c) Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 iaitu mendaftarkan semua aktiviti yang berhubung dengan penanam kenaf.

2. Standard Operating Procedure (SOP) bagi permohonan pendaftaran aktiviti kenaf di bawah Seksyen 4(c) Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Akta 692) boleh dirujuk sebagaimana dokumen yang disertakan di bawah:

# PERKARA
a)
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENGUSAHA LADANG KLUSTER DAN KOMERSIAL KENAF
b)
5 POINT PENGAMBILAN BACAAN pH SAMPEL TANAH UNTUK 1 LOT/HEKTAR
c)
CARTA ALIR PEMILIHAN KAWASAN TANAMAN KENAF PENGUSAHA LADANG KLUSTER ATAU KOMERSIAL
d)
CARTA ALIR PENDAFTARAN PEKEBUN KECIL/PENGUSAHA KENAF BAGI AKTIVITI HULUAN

3. Borang Pendaftaran Aktiviti Kenaf boleh dimuat turun pada pautan di bawah. Pemohon hendaklah mengemukakan borang yang telah diisi tersebut berserta dokumen sokongan kepada Pejabat LKTN yang terdekat bagi tujuan semakan dan pengesahan.

# PERKARA

a)   

BORANG PENDAFTARAN AKTIVITI KENAF – HULUAN SEMENANJUNG LKTN/PPK 1(a)

b)   

BORANG PENDAFTARAN AKTIVITI KENAF – HULUAN SABAH DAN SARAWAK LKTN/PPK 1(b)

c)   

BORANG PENDAFTARAN AKTIVITI KENAF – HILIRAN (LKTN/PPK2)

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pembangunan dan Pengembangan LKTN di talian 09-766 8050 atau emel bpp@lktn.gov.my.