TABUNG KEBAJIKAN INDUSTRI KENAF DAN TEMBAKAU (TKIKT)

  1. Tabung Kebajikan Industri Kenaf dan Tembakau (TKIKT) bertujuan membantu meringankan kesusahan/bebanan dan lain-lain kepada ahli dalam hal-hal kebajikan, terutama bagi mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan, sakit, kematian dan hilang pendapatan kerana kerosakan tanaman akibat bencana alam.
  1. Objektif TKIKT diwujudkan adalah untuk: –

    • Memberi sumbangan kepada isteri/suami/anak yang meninggal dunia;
    • Memberi sumbangan kepada ahli yang ditimpa kemalangan/sakit yang mendapat rawatan perubatan dan wad;
    • Memberi sumbangan kepada anak-anak ahli yang mendapat tawaran belajar peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
    • Memberi bantuan kepada ahli bila mana mereka mengalami bencana alam; atau
    • Bantuan-bantuan lain yang difikirkan sesuai dan dapat membantu ahli.
  1. Kelayakan bagi menyertai TKIKT ini ialah:

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Telah mencapai umur 18 tahun;
    3. Berdaftar dengan LKTN sebagai penanam kenaf atau tembakau atau berdaftar sebagai peserta bagi projek-projek di bawah LKTN;
    4. Berdaftar sebagai pekerja di pusat proses kenaf atau tembakau;
    5. Membuat caruman RM10.00 setahun bagi memastikan layak menerima faedah TKIKT. Tempoh sah caruman daripada 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
  1. Tempoh pendaftaran keahlian dibuka dari 1 Januari hingga 31 DIsember setiap tahun.
  1. Sumbangan dan bantuan kebajikan ahli adalah seperti berikut: –
# PERKARA SUMBANGAN DAN BANTUAN
a)    
Kematian
i. RM500.00 (Ahli sahaja)
ii. RM300.00 (Suami atau isteri)
iii. RM200.00 (Anak)
bagi satu-satu tahun semasa.
b)
Manfaat Perubatan
Kemasukan Wad :

i. Hari Pertama RM50.00.
ii.Hari Kedua dan berikutnya RM30.00 atau maksima bagi ahli RM300.00 dan maksima RM200.00 bagi keluarga ahli bagi satu-satu tahun semasa.

Pesakit Luar :

i. Perbelanjaan sebenar rawatan atau maksima RM300.00 bagi ahli dan maksima RM200.00 bagi keluarga ahli di hospital kerajaan.
c)
Sumbangan Pengajian Tinggi
i. Diploma : RM500.00
ii. Ijazah Sarjana Muda : RM800.00

Kadar sumbangan atau bantuan kepada sesuatu permohonan itu bergantung kepada kedudukan kewangan TKIKT dan keputusan Jawatankuasa TKIKT dari semasa ke semasa.

  1. Tempoh tuntutan permohonan oleh ahli atau keluarga ahli TKIKT adalah seperti berikut: –
    • Tuntutan ihsan malapetaka, kemalangan dan lain-lain kesulitan hidup dalam tempoh 30 hari;
    • Kerosakan tanaman dalam tempoh 14 hari tertakluk kepada kelulusan khas daripada Jawatankuasa TKIKT.
  2. Muat turun borang penyertaan dan lain-lain borang di pautan berikut
# PERKARA
a)    
Peraturan-Peraturan TKIKT
b)
Borang Penyertaan TKIKT
c)
Borang Caruman
d)
Borang Laporan dan Tuntutan TKIKT
e)
Borang Permohonan Bantuan Pendahuluan Pengajian Tinggi